Monday, January 16, 2012

Tips Berjauhan Selepas Berkahwin


Perkahwinan bukan lah mempunyai panorama yang indah belaka sahaja. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Salah satunya cabaran kepada pasangan yang terpaksa hidup berjauhan walaupun selepas berkahwin yang disebabkan oleh faktor tempat berkerja, meneruskan pengajian, kesihatan dan banyak lagi.
Di sini ingin dikongsi bersama tips-tips bagaimana untuk menjalani kehidupan bagi pasangan yang terpaksa berjauhan selepas berkahwin. InsyaAllah, moga ianya dapat membantu kepada pasangan yang bergelar isteri.
1. Isteri yang pulang seminggu sekali hendaklah menguruskan semua kerja rumah yang sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri sewaktu pulang ke rumah suami. Membasuh semua baju kotor, menyidai, melipat semua kain dan tidak lupa juga untuk meng’iron’ semua baju dan siap disangkut di dalam almari supaya suami mudah mengambilnya.
2. Isteri tidak dapat memasak sepanjang tiada di rumah. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja baru isteri boleh memasak. Jadi isteri perlu menyiang ikan/daging/ayam, mengupas bawang dan memotong sayur. Lalu dimasukkan ke dalam bekal kedap udara, kemudian disimpankan ke dalam peti sejuk. Cara ini dapat memudahkan suami untuk memasak tanpa membuang masa dan menjimatkan tenaganya yang sudah letih seharian di pejabat.
3. Sentiasa meng’update’ jadual/kalendar harian/bulanan dengan suami supaya mudah menguruskan masa balik/kembali ke rumah suami.
4. Pada sebelah pagi(sebelum pergi kerja), tengah hari(masa rehat), petang(pulang kerja) dan malam(sebelum tidur), sentiasalah menghantar mesej/call/MMS kepada suami supaya rasa lebih dekat dan tidak rasa bersendirian walau pun hidup berjauhan.
5. Apabila ingin melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran/solat sunat/dengar ceramah di tv/radio, ajaklah pasangan sekali turut serta. Walau berjauhan, tetapi sekiranya dalam masa yang sama pasangan melakukan perkara yang sama, ianya dapat menerbitkan rasa dekat dan berkongsi antara satu sama lain.
6. Sewaktu pulang ke rumah suami, sesekali keluarlah bersama-sama seperti beriadah di waktu pagi/petang di taman, membaca bersama di kedai buku, membeli belah, menonton wayang ataupun melayari internet di kafe sambil menghirup kopi panas bersama. Dengan itu mewujudkan sifat mesra dan kegembiraan antara pasangan dan menjadikan pasangan semakin intim.
7. Sesekali balik ke rumah suami tanpa pengetahuannya. Kejutan ini mesti memberi terapi buat pasangan yang kebetulan sedang stress baru pulang dari pejabat. Wajah isteri kan penawar segala kegusaran buat suaminya.
8. Andai sibuk dengan urusan di pejabat/kuliah, ambil waktu untuk menulis email yang berbaur cinta dan ayat-ayat romantis untuk pasangan. Curahkan segala rasa kasih dan sayang di hati. Beritahu padanya betapa dia sangat berharga di dalam hidup. Dan jangan lupa selitkan kata-kata semangat/sokongan buat pasangan. Hantar ke email pejabatnya. Lihat sejauh mana, dia akan bertambah mengingati isterinya.
9. Adakalanya kejutkan pasangan dengan mengirim hadiah bukan sahaja pada tarikh istimewa tetapi pada hari-hari lain. Buktikan pada pasangan yang dia begitu istimewa dalam hidup.
10. Apabila sudah ada di samping suami, solat lah secara berjemaah bersama. Kekuatan rohani sangat penting bagi sesebuah rumahtangga. Ajaklah suami membaca al-Quran bersama atau berdiskusi secara ilmiah mengenai pendidikan agama selepas solat jemaah. Cari topik-topik yang dapat memberi input yang bagus. Di samping dapat menambah pengetahuan tentang ilmu agama, suami juga boleh memberi tazkirah kepada isteri juga kepada bakal anak-anak nanti.
11. Akhir sekali, doa seorang isteri sangat mustajab. Berdoalah supaya hubungan bersama suami diberkati, dilindungi oleh Allah senantiasa. Berdoalah supaya Allah juga melindungi si suami,memelihara kesihatannya supaya boleh menjaga dan membimbing kita hingga akhir hayat. dan jangan lupa berdoa moga Allah menyatukan kita dan pasangan di akhirat sana juga. InsyaAllah..

9 Tips Untuk Hidup Lebih Bahagia

senyum bahagia

1. Jangan Takut dan Khawatir
Perasaan takut dan khawatir merupakan pikiran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?

2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.

3. Fokus Pada Satu Masalah
Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.

6. Jangan Hidup di Masa Lalu
Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.

7. Jadilah Pendengar yang Baik
Mungkin sebagian besar orang termasuk saya  susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.

8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda
Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada frustasi. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.

9. Bersyukurlah Selalu
Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.

More Posts:

Saturday, January 7, 2012

Doa hindari dari dirogol atau dicabul

hari ni nak kongsi info sikitla utk para girl2 di luar sane..cek(saya) baru ja dapat info ni dari ustaz yg tgh terkenal skrg..maybe ini boleh buat korang amalkan setiap hari..lagi2 dgn keadaan dunia yg brmacam2 ragam ni kan..pergi mane2 je mcm xselamat..so cek harap wanita2 kt luar sane dpt ambil inisiatif utk mencegah sesuatu yg x diingini..hope u guys like it..

DOA UNTUK MENGELAK DARI BALA BENCANA ATAU MUSIBAH

DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LAA YADHURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan namaNya samada di bumi dan dilangit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"

*dibaca sebanyak 3 kali, dan ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

DOA UTK HINDARI DARI DIROGOL ATAU DICABUL

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada- Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" (Riwayat Al-Bukhari, no 2104,2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; musnad Ahmad, 2/403 ; Fath A-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

**Semoga ia dapat dihafaz dan diamalkan oleh semua wanita muslimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan islam. sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikir fikirkan wahai teman sekalian.


doa untuk hindari dari dirogol atau dicabul

Friday, January 6, 2012

Kelebihan Wanita Islam

salam..
subhanallah..ajaib kuasa Allah kan..menjadikan wanita sebagai tulang rusuk lelaki..dan yang paling istimewa dikalangan hambaNya..hari ade terbace entry yg bertajuk kelebihan wanita islam..rupanya wanita ni paling cepat dapat pahala asalkan kena pada tempatnya..hebat kan? tu la kejadian Allah..

banyak kelebihan wanita islam..harap dapat beri sikit info kat korang ye..n dalami setiap maksud yang ada dibawah..^_^


41 Kelebihan Wanita Islam


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wednesday, January 4, 2012

Info "Jgn tidur lepas solat subuh"

Assalamualaikum..
maaf sbb dah lame xupdate fb..besela da bz jd SURI kat rumah kan..hihi..mcm over plak..takat nih samua ok alhamdulillah..dugaan yg dtg tu biasa lah adat perkahwinan..


tadi ade terbace taw satu entry..
the title is "Jangan Tidur lepas Subuh"
Very interesting and nice..i think..sbb ambe agk kerap tido lepas maghrib..then after bace entry tu baru sedar rupenye sumenye mmg betul dgn ape yg jadi kat diri ambe nie..
#eh xperlu nk ber "ambe" sgtla..haha (tp nk lebey polite kan..)


meh nak citer ape yang ambe bace kat entry tu yerk..


Tabiat pemalas yg perlu diubah
cube cek diri kita, mana 1 jadi amalan seharian:
1. bangun subuh lewat
2. tidur lepas subuh
3. melewatkan solat subuh
4. ala kadar je bangun subuh
5. tak bangun pun solat subuh


ingat lagi masa kecil2 mak ayah kita selalu cakap
"Jangan tidur lepas subuh. rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"


JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.


Kita sedar tak wahai sahabat sekalian?


kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
kadang2 kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yg penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah2 tiada kesannya?


Kalau perempuan, bermacam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
kalau org lelaki pula,keriasauan yg tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yg dipakainya.


MASA UNTUK BERUBAH
sO xde alasan lagi nak menyeru kepada PERUBAHAN.


Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti  yg bermanfaat, jangan tidur terlalu lewat kalau sayangkan waktu keemasan kala subuh.


TIPS UTK PELAJAR
kalau nak study smart ingat hadith ni.."kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." jangan salah pilih waktu utk belajar atau menghafal.


#ambe hanye mahu share ape yg ambe rase perlu share..harap dapat beri info walaupun sikit pade pembace sekalian utk kite same2 berubah utk jadi lebih baik kelak InsyaAllah..thank you for reading..^_^