Saturday, January 7, 2012

Doa hindari dari dirogol atau dicabul

hari ni nak kongsi info sikitla utk para girl2 di luar sane..cek(saya) baru ja dapat info ni dari ustaz yg tgh terkenal skrg..maybe ini boleh buat korang amalkan setiap hari..lagi2 dgn keadaan dunia yg brmacam2 ragam ni kan..pergi mane2 je mcm xselamat..so cek harap wanita2 kt luar sane dpt ambil inisiatif utk mencegah sesuatu yg x diingini..hope u guys like it..

DOA UNTUK MENGELAK DARI BALA BENCANA ATAU MUSIBAH

DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LAA YADHURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan namaNya samada di bumi dan dilangit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"

*dibaca sebanyak 3 kali, dan ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

DOA UTK HINDARI DARI DIROGOL ATAU DICABUL

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada- Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" (Riwayat Al-Bukhari, no 2104,2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; musnad Ahmad, 2/403 ; Fath A-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

**Semoga ia dapat dihafaz dan diamalkan oleh semua wanita muslimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan islam. sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikir fikirkan wahai teman sekalian.


doa untuk hindari dari dirogol atau dicabul

1 comment: